^◕‿◕^ WELCOME TO MY PAGE ^◕‿◕^ HAPPY BERBLOGGING AND SMILE ALWAYS..LOVE U ALL❤!

Friday, March 11, 2011

Tsunami KEMBALI??





Jepun hari ini dilanda gempa bumi paling buruk dalam tempoh 140 tahun negara matahari terbit itu yang kemudiannya mengundang satu lagi bencana cukup menakutkan, tsunami setinggi 10 meter.

Musibah yang melanda Timur Laut Jepun itu sehingga kini mengorbankan 32 orang.

Gempa bumi 8.9 skala Richter itu berlaku pada jam 2.46 petang tadi waktu tempatan.

Gegaran dikesan kira-kira 380 kilometer ke timur laut Tokyo.

Sekurang-kurangnya 19 gegaran yang kebanyakannya melebihi 6 skala Richter dicatatkan.

Stesen televisyen tempatan memaparkan saat tibanya ombak tsunami yang turut membawa pelbagai sisa dan kerosakan akibat gempa bumi.

Tsunami juga membanjir kawasan pertanian dan menghanyutkan kediaman, harta benda yang terbakar, kenderaan dan kapal.

Malah ketika tsunami membanjiri kawasan itu, ada penduduk yang bergegas keluar dengan kenderaan.

Empat loji nuklear dekat zon gempa berjaya ditutup dengan selamat.

Mangsa yang terkorban dijangka terus meningkat.

Jumlah mangsa yang cedera pula tidak diketahui.

Askar dan pasukan penyelamat dikerah ke kawasan bencana untuk bantuan kecemasan.




sumber berita : www.tv3.com.my
Terima kasih..sila lawat blog saya lagi :)

2 comments:

Debab Budak Baek said...

YA ALLAH..LINDUNGILAH HAMBA2MU YA ALLAH..

sai_os7 said...

oit nirah..hehe nice blog...blog mu lmbat load coz background yg menonjol...hehe,cuba tukar hitam @ putih...cpat ckit load...just suggest

Post a Comment